Monday, January 24, 2011
Saturday, January 15, 2011
LOGO KARISMA UMK
Ø 3 Bilah Sabit Terpisah
Tiga bilah sabit terpisah membawa pengertian kepada tiga bangsa utama yang menyertai KARISMA Universiti Malaysia Kelantan iaitu Melayu,Cina dan India. Setiap mahasiswa tidak mengira kaum layak menyertai KARISMA tetapi mesti mengikuti modul yang ditetapkan terlebih dahulu.
Ø Pusaran yang Searah
Pusaran yang searah tersebut memperlihatkan kesepakatan dalam kalangan ahli KARISMA. Walaupun berlainan bangsa dan agama mereka tetap bersatu hati dan bersepakat dalam apa juga keadaan mahupun situasi.
Ø Sabit Berwarna Biru
Warna biru pada salah satu sabit melambangkan simbol perpaduan yang diterapkan dalam Rakan Siswa Jasa Malaysia seiring dengan hasrat Gagasan 1 Malaysia. Selain itu, warna biru merupakan lambang nilai kepimpinan yang diterapkan dalam kumpulan ini. KARISMA turutmelatih ahli untuk mempunyai daya kepimpinan yang tinggi serta mempunyai nilai integriti yang mantap.
Ø Sabit Berwarna Merah
Sabit berwarna merah pula memberi erti kepada keberanian serta kekuatan dalam diri setiap ahli KARISMA sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Selain itu, merah menunjukkan bahawa setiap ahli kumpulan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan dan situasi.
Ø Sabit Berwarna Kuning
Seterusnya, salah satu sabit yang berwarna kuning memberi pengertian kesetiaan kepada raja dan negara, selaras dengan Rukun Negara. Selain itu, setiap ahli kumpulan akan sentiasa memberikan kerjasama dan menun jukkan sokongan kepada kepimpinan yang terlibat tidak kira tahap tertinggi mahupun di peringkat kelab.
Ø Dua Garisan Berwarna Jingga
Warna jingga yang terdapat pada dua garisanmerupakan warna semulajadi buah pinang yang melambangkan warisan.
Ø Perkataan KARISMA
KARISMA merupakan akronim kepada Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia. Selain itu, perkataan karisma itu sendiri membawa erti kepada ketokohan. Secara tidak langsung pengertian ini menjadikan setiap ahli lebih bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai karisma dalam diri mereka.
Ø Frasa UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN yang tertera pada logo mewakili sekretariat KARISMA ini adalah daripada Universiti Malaysia Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)